Dari perspektif Islam, seseorang pelajar atau murid harus mempunyai
beberapa ciri sebagai seorang pelajar. Ini penting agar ilmu yang hendak dicapai
bukan sahaja dapat difahami tetapi memperolehi keberkatan daripada Allah. Adab
juga penting untuk mewujudkan keharmonian hubungan antara pelajar dengan
pengajar. Hubungan yang baik di antara guru dengan pelajar bukan sahaja akan
mempercepat tetapi juga memudahkan proses penimbaan ilmu pengetahuan.
Menurut Ibn ‘Aqnin dalam Rosenthal (1992) sembilan syarat yang dituntut bagi
seorang pelajar muslim ialah
(a) kesucian sifat;
(b) kesediaan untuk menanyakan soalan, dan semangat yang kritis yang tidak menerima secara membuta segala apa yang diajarkan, tetapi walaupun demikian mengakui akan kelebihan pengalaman gurunya;
(c) tidak menghiraukan hal-hal kewangan dan keluarga;
(d) mahir dengan prinsip disiplin yang diberikan dahulu dan kemudian barulah butir-butirnya supaya mampu menghadapi kesangsian dan perbezaan pendapat sekalipun jika pada permulaannya, adalah lebih baik bagi pelajar menjauhkan diri daripadanya dan mempercayai gurunya;
(e) ada sedikit kebiasaan dengan pelbagai perbezaan pendapat, kerana masing-masing menjelaskan yang lain (seperti yang diajar dalam falsafah Aristotle);
(f) sentiasa merenung perhungan antara ilmu, amalan yang suci dan penghidupan;
(g) pengabdian diri yang sepenuh jiwa raga kepada ilmu tanpa motif luaran, dari mana tidak ada kekurangan kemajuan dalam pelajaranpelajarannya yang akan melemahkan semangatnya;
(h) kesediaan untuk keluar mencari guru yang baik (berhubung dengan pengembaraan Muslim dalam mencari ilmu);
(i) penghormatan yang besar kepada guru, hampir pada memuliakannya.
Adab-Adab Belajar
Berdasarkan ciri-ciri yang digariskan, maka dapat dinyatakan bahawa adab
belajar mengikut perspektif Islam adalah seperti berikut: Seseorang pelajar
hendaklah mempunyai sifat-sifat mazmumah iaitu mensucikan hati lahiriah dan
batiniah daripada sifat-sifat yang tercela. Ilmu pengetahuan pula adalah ibadat
batin mendekatkan jiwa kepada Allah. Jadi untuk mengesahkan ibadat batin ini,
terpaksalah hati yang bertindak sebagai wadah (bekas) dicuci terlebih dahulu, agar
ilmu pengetahuan itu suci daripada sifat-sifat tercela. Ini selaras dengan sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud “ditegakkan agama atas kebersihan”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan