Khamis, 2 Februari 2012

Assalamualaikum semua..kali ini ustaz hendak dedahkan pembelajaran bagi subjek feqah. Kali ini Ustaz hendak mengajar maksud najis dan bahagian najis, Ustaz berharap agar kamu semua dapat mengikuti pembelajaran ini. Sekiranya kamu ada kemyuskilan bolehlah bertanya di ruang diwawah sekali. Terima kasih.

                          
Darjah         :     2.
Bidang        :     Feqah.
Tajuk          :     Bahagian Najis.


                        
                          Maksud Najis



- Najis merupakan sesuatu yang kotor yang tidak boleh dibawa untuk beribadah. 


-Sekiranya terkena, perlu dibersihkan terlebih dahulu sebelum  melakukan ibadah.                        




             Najis Terbahagi Kepada 3 bahagian.



1) Najis Mughallazah (najis berat)
    cth : Anjing & babi.


2) Najis Mutawasitah (najis sederhana)
    cth : muntah, darah & nanah.


3) Najis Mukhafafah. (najis ringan)
    cth : air kencing bayi lelaki  yang tidak lebih 2 tahun.


                                                     

Rabu, 4 Januari 2012


10 jenis solat yang tidak diterima Allah.

RASULULLAH SAW telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk, jalan selamat dan barang sesiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga petunjuk dan jalan selamat baginya.”



 Antara solat yang diterima Allah ialah :

1.      Orang lelaki yang solat bersendirian tanpa membaca apa-apa.

2.      Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3.      Orang lelaki yang menjadi imam sedangkan makmum membencinya.

4.      Orang lelaki yang melarikan diri.

5.      Orang lelaki yang meminum arak tanpa mahu maninggalkannya (taubat)

6.      Orang perempuan yang suaminya sedang marah kapadanya.

7.      Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8.      Imam tau pemimpin yang sombong dan zalim menganianya.

9.      Orang yang suka memakan riba.

10.  Orang yang solatnyatidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.

Sabda Rasulullah : “Barang sesiapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solat itu hanya menambahkan kemurkaan ALLAH dan jauh dari ALLAH”