Selasa, 6 Disember 2011

Hukum melakukan Cerai Khulu'

Hukum melakukan Cerai Khulu'


[KHULU.gif]
  • Hukum asal adalah Makruh, kerana sehalal halal perkara yang dibenci Allah adalah talak (Makruh bermaksud "yang dibenci")
  • Jika pasangan berakhlak buruk dengan pasangannya, maka hukumnya adalah sunat

  • Untuk mengelak dari berlakunya talak 3 (talak bermaksud cerai), yakni setelah hak talak raji'e habis, dalam hal keadaan suami telah melafazkan cerai bersyarat seperti " aku ceraikan kau kalau kau makan, minum atau masuk rumah. maka jalan penyelesaian untuk mengelakkan talak 3 berlaku adalah menawarkan cerai khulu', hukumnya adalah harus

  • TERBATAL , KHULU' terbatal apabila suami dengan sengaja berkelakuan buruk terhadap isteri dengan niat supaya isteri menawarkan bayaran bagi menceraikannya (khulu'). Dalam hal ini, apabila tawaran perceraian khulu dipersetujui oleh si suami, perceraian berlaku, dan suami tidak layak mendapat bayaran dari pihak yang menawarkan khulu' kerana menceraikan isterinya, apa yang berlaku adalah perceraian biasa.

Isnin, 5 Disember 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pengunjung blog ini.
10.01.1433 merupakan tahun baru hijrah serta awal bulan Islam iaitu Muharram
Harap2 pada tahun ini lebih bermakana untuk kita mencapai hajai dan cita2 kita..sekiranya hajat dan cita2 yang lepas tidak tercapai, boleh lah kita menekankan azam pada tahun ini untuk mencapainya....Apa yang paling penting ada lah betulkan niat kita dahulu ok...

Hijrah juga menjadi lambang perubahan dan memberi makna yang cukup besar kepada pembangunan tamadun umat Islam. Maal Hijrah yang saban tahun kita sambut dan raikan sebenarnya perlu difahami dan dihayati agar kita dapat memenuhi tuntutannya dan beriktibar daripadanya.

Semua ini perlu digerakkan dan dipandu dengan penuh sedar dan keinsafan. Oleh itu, untuk menghayati tuntutan dan iktibar dari peristiwa hijrah, kita perlu merenung jauh ke dalam diri sendiri dengan bermuhasabah.

Muhasabah diri adalah suatu usaha murni yang dapat mengembalikan manusia ke landasan kehambaan. Apatah lagi dengan kehadiran tahun baru hijrah ini, kita merasakan banyak perkara yang perlu dilakukan, dimulakan dan dijayakan.


Imam Hasan al-Basri Rahimahullah pernah berkata:
Semoga Allah merahmati seorang hamba yang mampu berhenti berfikir sebelum melaksanakan kehendaknya, jika kehendaknya itu kerana Allah dia akan melaksanakannya dan jika kerana selain Allah dia menghentikan niatnya





Sabtu, 3 Disember 2011

Ciri-Ciri Pelajar Beradab

Dari perspektif Islam, seseorang pelajar atau murid harus mempunyai
beberapa ciri sebagai seorang pelajar. Ini penting agar ilmu yang hendak dicapai
bukan sahaja dapat difahami tetapi memperolehi keberkatan daripada Allah. Adab
juga penting untuk mewujudkan keharmonian hubungan antara pelajar dengan
pengajar. Hubungan yang baik di antara guru dengan pelajar bukan sahaja akan
mempercepat tetapi juga memudahkan proses penimbaan ilmu pengetahuan.
Menurut Ibn ‘Aqnin dalam Rosenthal (1992) sembilan syarat yang dituntut bagi
seorang pelajar muslim ialah
(a) kesucian sifat;
(b) kesediaan untuk menanyakan soalan, dan semangat yang kritis yang tidak menerima secara membuta segala apa yang diajarkan, tetapi walaupun demikian mengakui akan kelebihan pengalaman gurunya;
(c) tidak menghiraukan hal-hal kewangan dan keluarga;
(d) mahir dengan prinsip disiplin yang diberikan dahulu dan kemudian barulah butir-butirnya supaya mampu menghadapi kesangsian dan perbezaan pendapat sekalipun jika pada permulaannya, adalah lebih baik bagi pelajar menjauhkan diri daripadanya dan mempercayai gurunya;
(e) ada sedikit kebiasaan dengan pelbagai perbezaan pendapat, kerana masing-masing menjelaskan yang lain (seperti yang diajar dalam falsafah Aristotle);
(f) sentiasa merenung perhungan antara ilmu, amalan yang suci dan penghidupan;
(g) pengabdian diri yang sepenuh jiwa raga kepada ilmu tanpa motif luaran, dari mana tidak ada kekurangan kemajuan dalam pelajaranpelajarannya yang akan melemahkan semangatnya;
(h) kesediaan untuk keluar mencari guru yang baik (berhubung dengan pengembaraan Muslim dalam mencari ilmu);
(i) penghormatan yang besar kepada guru, hampir pada memuliakannya.

Adab-Adab Belajar

Berdasarkan ciri-ciri yang digariskan, maka dapat dinyatakan bahawa adab
belajar mengikut perspektif Islam adalah seperti berikut: Seseorang pelajar
hendaklah mempunyai sifat-sifat mazmumah iaitu mensucikan hati lahiriah dan
batiniah daripada sifat-sifat yang tercela. Ilmu pengetahuan pula adalah ibadat
batin mendekatkan jiwa kepada Allah. Jadi untuk mengesahkan ibadat batin ini,
terpaksalah hati yang bertindak sebagai wadah (bekas) dicuci terlebih dahulu, agar
ilmu pengetahuan itu suci daripada sifat-sifat tercela. Ini selaras dengan sabda
Rasulullah S.A.W yang bermaksud “ditegakkan agama atas kebersihan”.